• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Agama / Wahyu Semasa Isra’ dan Mikraj

Wahyu Semasa Isra’ dan Mikraj

5 April 2019 by abglejen Leave a Comment

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua selepas melafazkan syahadah. Wahyu mengerjakan ibadah solat diturunkan ketika saat paling istimewa.
Iaitu ketika Rasulullah S.A.W melakukan perjalananan Isra’ dan Mi’raj.

Betapa istimewanya wahyu mengerjakan solat ini. Ia disampaikan oleh dari Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W tanpa menggunakan perantara. Lantaran itu Solat menjadi ibadat yang wajib dilakukan tanpa sebarang alasan oleh setiap umat Islam.

Setiap umat islam sedia maklum, hukum meninggalkan solat adalah berdosa. Tetapi adakah kita tahu bahawa betapa pentingnya melakukan solat di awal waktu dan apakah kesannya dalam hidup sekiranya kita melengah-lengahkan solat. Jom kita siasat.

KESAN LENGAHKAN SOLAT

Solat Subuh.Solat Subuh merupakan waktu yang paling mencabar. Terpaksa berlawan dengan nafsu tidur memang memerlukan kekuatan yang luar biasa.

Mereka yang lewat mengerjakan solat subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi.Ini adalah kerana jika mereka sedang nyenyak tidur tubuh badan tidak mampu menyerap tenaga ketika roh dan jasad masih tertidur

Solat Zuhur. Waktu Zuhur biasanya orang sibuk dengan urusan kerja sehingga lupa ibadah yang wajib dilakukan.

Mereka ini akan menghadapi masalah dengan sistem pencernaan serta kurang keceriaan jika selalu melengahkan waktu solat Zuhur.

Solat Asar. Waktu Asar banyak antara kita diwaktu ini mula keletihan selepas seharian membanting tulang. Bila letih ramai antara kita lebih cenderung untuk mengambil peluang beristirehat hingga lupa waktu solat.

Akibat dari terlupa menunaikan solat Asar daya kreativiti seseorang itu akan menjadi kurang

Solat Maghrib. Waktu Maghrib selalu orang dulu-dulu pesan. Jangan keluar main. Nanti kena sorok dengan hantu. Ada betulnya.

Apabila kita melewatkan solat maghrib, badan kita pun frekuensinya akan sama macam jin dan syaitan.

Solat Isyak. Waktu Isyak acapkali kita terlupa kerana budaya masyarakat kita yang suka lepak malam.

Pada yang suka melengahkan mereka ini akan dijangkiti kerunsingan yang sangat kronik. Jadi berhati-hatilah semua.

Sebagai umat Islam pastikan kita tidak melengahkan waktu solat.

Sibuk-sibuk. Pastikan ingat pada Allah.

Filed Under: Agama

Previous Post: « Sakit Atau Lenguh Badan?
Next Post: Buah Tangan Dari Luar Negara »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme