• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Tips Rumah Kekal Wangi

Tips Rumah Kekal Wangi

10 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Cuba bayangkan bila anda balik dari rumah, rumah berbau kepam dan masam. Mesti keadaan ini menimbulkan keadaan kurang selesa.Memandangkan rumah adalah tempat kita beristirehat dan menenangkan fikiran, beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan rumah kekal bersih dan wangi. Abanglejen ada beberapa tips penjagaan barangan di dalam rumah yang dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. 

Pastikan Habuk Tidak Melekat Pada Perabot

Habuk mudah melekat pada perabot dirumah kita. Pengumpulan habuk pada perabot mempunyai banyak efek yang tidak sihat. Bukan sahaja ia menimbulkan bau yang kurang menyenangkan, habuk juga boleh menjejaskan kesihatan dengan mengundang penyakit asma dan resdung.

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik

10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Ini akan membuatkan perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum. 

Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Sana sini minyak bertompok-tompok.  Kalau ada anak kecil dirumah lagi bahaya bila lantai licin melekit. Anak kecil mudah jatuh. Untuk elakkan perkara tidak diingini jom kita cuba langkah di bawah.

Bahan-Bahan:

1 penutup pencuci lantai

Cuka

Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

Wangikan Rumah 

Selain menggunakan penapis udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik

Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Segarkan Bilik Air

Tandas merupakan tempat di dalam rumah yang perlu kita bagi perhatian khusus. Maklumlah pelbagai bau boleh timbul dari dalam tandas.Di dalam agama juga, tandas dikatakan tempat berhimpun syaitan. Jadi memang menjadi tugas kita untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan segar dari sebarang bauan.

Bahan-Bahan:

1 sudu kecil teh soda bikarbonat

1 sudu teh cuka

1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum. Oh ya, jangan lupa tutup pintu tandas juga ya. 

Selamat Mencuba.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Iftar Ramadan Bersama Keluarga
Next Post: Revolusi Kad Debit »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme