
Kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan penapis udara dirumah semakin hari semakin meningkat. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, rakyat Malaysia melihat penapis udara sebagai satu alat bantuan di dalam rumah yang mampu membuat mereka menghirup udara nyaman setiap hari.
Di pasaran Malaysia kini, pelbagai penapis udara yang boleh dijadikan pilihan untuk kegunaan di rumah. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, abanglejen akan kongsikan beberapa tips dalam memilih penapis udara.
HEPA FILTER
Hepa Filter adalah sejenis filter yang membantu dalam menyahaktif influenza. Kesan nyahaktif ini akan mengurangkan risiko pengguna dijangkiti penyakit berkaitan influenza.

CAPAIAN PERSEGI
Setiap penapis udara mempunyai nilai capaian kadar pembersihan udara. Setiap model adalah berbeza. Kadar capaian persegi ni sangat penting kerana ia menentukan sejauh mana tahap pembersihan ruang udara di dalam rumah pengguna.
MUDAH ALIH
Ciri ini membolehkan penapis udara ditempatkan di tempat berbeza. Sebagai contoh ia boleh dipindahkan di antara ruang tamu dan dan bilik bergantung keperluan di sesuatu tempat.

SERVIS
Penapis udara merupakan alat yang mempunyai jangka hayat. Untuk memastikan ia sentiasa berfungsi pada tahap maksimum, mesin hendaklah sentiasa diservis atau dibersihkan. Jika tidak di servis, boleh menyebabkan kegagalan mesin berfungsi langsung.
Semoga ini dapat menjadi panduan untuk semua rakyat Malaysia dalam membeli penapis udara yang berkualiti.
Leave a Reply