• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Syoknya Balik Kampung

Syoknya Balik Kampung

15 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Istilah balik kampung memang sinonim dengan kita rakyat Malaysia terutamanya di musim perayaan. Setiap kali musim perayaan biasanya jalan dan lebuhraya akan sesak dengan kereta kerana rakyat Malaysia berduyun-duyun balik kampung. Kita sebagai anak-anak pastinya merindui masakan ibu dan inilah peluang untuk bertemu mereka di hari yang bahagia. Bagi kanak-kanak pula, balik kampung memberi makna yang sangat istimewa kepada mereka pula. Hari ini abanglejen akan kongsikan apa sebab-sebab utama mereka seronok untuk balik kampung. 

Kasih Sayang

Kasih sayang nenek ngan atuk ini biasanya berbeza sedikit. Di kampung kanak-kanak biasanya akan dapat kebebasan penuh untuk melakukan apa sahaja. Atuk dengan nenek memang seronok melihat telatah cucu-cucu mereka berlari, bergurau dan bergaduh sesama mereka. Bayangkan kalau dirumah, sudah pastinya mereka dimarahi ayah dan emak mereka. Inilah salah satu sebab kenapa abanglejen dahulu suka balik kampung, masa balik kampung boleh berjumpa dengan sepupu pergi mandi sungai. 

Masakan

Bila balik kampung, inilah masanya hendak rasa masakan istimewa nenek. Pada masa inilah dapat rasa resipi rahsia nenek yang selalunya berasaskan petai, tempoyak, budu dan ulaman. Abanglejen dahulu kalau balik kampung semasa hari raya, abanglejen akan mencari kuih bakar dan masak lemak daging pindang. 

Duit raya

Ya ini salah satu sebab yang akan kekal untuk berzaman-zaman akan datang. Selalunya abanglejen dulu sebelum balik kampung sudah siap berkira-kira dengan adik beradik yang lain, berapa banyak bakal dapat. Bila tiba pagi raya selepas solat aidilfitri, kami akan bersiap-siap di ruang tamu menunggu pakcik dan makcik memanggil memberi sampul duit raya. 

Main mercun

Main mercun dan bunga api di kampung selalunya tidak akan sama kalau dirumah. Dirumah emak dan ayah setakat beli bunga api yang biasa-biasa sahaja. Bila di kampung selalunya pakcik dan sepupu yang sudah dewasa akan beli mercun yang berdentam-dentum bunyinya. Semakin hampir dengan Aidilfitri semakin meriah. Kemuncaknya di malam raya. Kalau ada meriam buluh memang tidur lewatlah jawabnya malam itu. 

Begitulah pengalaman dan memori manis abang sewaktu balik kampung di Aidilfitri. Walaupun banyak perubahan yang berlaku kini, tetapi memori ini akan tetap segar dalam ingatan. Sebagai dewasa, abanglejen kadang-kadang cuba untuk menghidupkan kembali supaya anak buah abanglejen dapat merasai keseronokan yang sama. Sekurang-kurangnya satu masa nanti mereka akan ingat abanglejen sampai bila-bila. 

Tahun ini, besar kemungkinan kita akan berada dalam situasi yang cukup berbeza di pagi Aidilfitri. Tiada lagi balik kampung, tiada riuh rendah anak buah, dan tiada main bunga api serta mercun. Namun itu bukanlah penghalang untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Kerepek Kegemaran Hari Raya
Next Post: Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme