• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Sudut Pandangan Kekayaan

Sudut Pandangan Kekayaan

13 April 2019 by abglejen Leave a Comment

Kekayaan seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang negatif. Riak, bongkak, ujub dan takabbur. Semua diatas adalah normal pandangan masyarakat kepada orang yang kaya. Ini menyebabkan ramai orang takut untuk menjadi kaya.

Stigma yang selama ini menghantui masyarakat sukar untuk diubah kerana ia telah diperturunkan selama ini dari zaman berzaman terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Ini mungkin disebabkan pengaruh dari kesan penjajahan dan kini dari filem serta drama di kaca tv.

Pemikiran ini wajib diubah sekiranya masyarakat kita ingin lebih maju dan berdaya saing. Persepsi “biarlah cukup makan”, “buat apa kaya-kaya nanti lupa diri”, “orang kaya semua sama jek, berlagak, sombong”. Ini semua harus dibuang dan ditukar ganti dengan mentaliti yang baru.

Di dalam setiap kehidupan memang biasa ada positif dan negatif. Persoalannya kenapa kita lebih cenderung memandang sesuatu yang negatif. Sebagai contoh kita seharusnya mengambil contoh pada orang kaya yang baik hati.

Dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul “Tiga Abdul” sendiri ada menggambarkan orang kaya yang sombong dan orang kaya yang baik hati. Sudah tentu kita sebagai manusia normal seharusnya lebih menyukai karakter orang kaya yang baik hati.

Agama Islam sendiri memang menganjurkan kita sendiri untuk menjadi orang kaya dan berbakti kepada agama. Ada satu ungkapan yang kita boleh ambil iktibar iaitu “Berusahalah seumpama dikau akan hidup 1000 tahun dan beramallah seumpama dikau akan mati esok hari”.

Jadi kenapa sebenarnya kita wajib berusaha untuk menjadi kaya? Apabila kita melihat dikeliling kita berapa ramai sebenarnya orang susah? Tidak perlu melihat jauh. Cukuplah di kalangan ahli keluarga kita.

Sebagai contoh jika kita mempunyai kemampuan dan kekayaan bukankah kita mampu membantu mereka? Mungkin kita mampu memberi mereka wang perbelanjaan bulanan. Jika ada dikalangan ahli keluarga kita yang sakit dan perlukan bantuan belanja perubatan bukankah kita boleh menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan.

Antara lain ialah dari segi zakat dan sedekah. Kekayaan atau pendapatan yang lebih banyak bermaksud kita wajib mengeluarkan zakat dan sedekah yang lebih banyak. Bayangkan, sekiranya ramai umat Islam yang kaya maka banyaklah wang zakat yang ada untuk digunakan membantu umat Islam yang lain.

Di zaman Rasulullah S.A.W sendiri, sahabat yang kaya raya seperti Usman bin Affan R.A dan Abdul Rahman Ibn Auf sebagai contoh. Dengan harta kekayaan yang mereka ada, mereka gunakan untuk membantu umat Islam yang lain terutamanya mereka yang susah.

Hakikatnya kekayaan itu tidak pernah salah.Sebenarnya tidak salah untuk menjadi kaya. Semuanya adalah pilihan manusia samada ingin menjadi orang kaya yang baik atau sebaliknya. Semoga yang baik menjadi teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.

Wallahualam.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Buah Tangan Dari Luar Negara
Next Post: Berapa Banyak Makanan Dibazirkan? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme