• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Suami Sayang Isteri

Suami Sayang Isteri

20 March 2019 by abglejen Leave a Comment

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Memang tidak dapat dinafikan pasangan mana yang tidak pernah berbalah sesama sendiri. Namun itulah masam manis perkahwinan yang membuatkan rumahtangga itu lebih ceria dan gembira.

Pernahkah kita sebagai suami berfikir bagaimana hendak buat isteri kita senyum sampai ke telinga? Macam-macam cara boleh dibuatkan. Di sini saya senaraikan tips berguna sepanjang zaman untuk suami yang sayang isteri.

PENDENGAR YANG SETIA

Menjadi pendengar yang setia adalah sangat penting. Ini membolehkan suami mendengar segala permasalahan si isteri. Walaupun kadang-kadang otak si suami melilau fikir perkara lain, suami perlu menunjukkan pada isteri yang mereka adalah pendengar yang baik.

CEPAT BALAS WHATSAPP

Tidak kisah di mana sahaja si suami berada. Tengah meeting ker, Tengah melepak dengan kawan-kawan ker mesti balas whatsapp cepat-cepat. Ini bagi mengelakkan si isteri merajuk atau mogok sehari taknak masak.

CEPAT ANGKAT CALL

Isteri paling risau kalau suami tak angkat-angkat call. Hendak tahu sebab apa? Manalah tahu suami pergi keluar dating dengan orang lain. Orang perempuan ini boleh terfikir bukan-bukan tau.

CARI CARA GEMBIRAKAN ISTERI

Kadang-kadang memanglah kita letih, terutamanya bila lepas balik kerjakan. Tapi ingat macam mana pun kita. Walaupun “mood” tengah ke laut, carilah jalan untuk gembirakan dan buat isteri kita tersenyum. Tapi jangan buat lawak pasal hendak kahwin baru ya.

KALAU BERGADUH, MENGALAH LAGI BAIK

Sebagai suami yang penyayang. Bila bergaduh, mengalah sahajalah. Tak kisahlah benda yang tengah digaduhkan, terang-terang si isteri yang bersalah 300%.

PELUK ISTERI

Rajin-rajinlah peluk isteri ya wahai suami. Si isteri mesti rindu dengan suami kan. Seharian masing-masing sibuk.Alih-alih bila berjumpa suami buat tidak tahu jek. Terukkan? Haaaa, Kalau isteri berbau masam pun jangan berkira ya nak peluk.

SOLAT BERJEMAAH

Yang bahagian ini, orang cakap. “Cinta till jannah”. Kalau hendak jadi menantu kesayangan, rajin-rajinlah solat berjemaah dengan isteri. Suami adalah imam kepada isterinya. Jangan pula dah sepuluh tahun kahwin, tidak pernah solat sekali dengan isteri.

Untuk suami di luar sana, ini adalah antara tips-tips ringkas yang dapat saya kongsikan.

Selamat beramal ya semua.



Filed Under: Umum Tagged With: isteri, Sayang, suami

Previous Post: « Ragbi Sukan Istimewa
Next Post: Legenda Penawanan Kota Constantinople »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme