Siapa suka jalan-jalan kat pasaraya masa hujung minggu? Mesti ramai yang suka kan. Saya pun sangat obses jalan kat pasaraya. Sambil tengok gelagat manusia bolehlah “up to date” dengan model-model produk terbaru di pasaran.
Cabaran paling utama masa ronda dalam pasaraya nieh. Kaki jadi lenguh badan jadi sakit-sakit. Mana taknya. Kalau check dalam aplikasi ‘Apple Watch” ada dalam 5000 langkah dah dibuat.
Jadi sejak selalu terjadinya sakit badan masa ronda-ronda kat pasaraya, saya pun mula memilih pasaraya yang hendak dimasuki. Antara ciri-ciri paling saya utamakan adalah mesti ada ruang urut Rest N Go.

6 MINIT YANG MENYEGARKAN
Akses menggunakan ruang urut Rest N Go sangat mudah. Hanya masukkan RM2 anda dapat menggunakan untuk 6 minit. Bermula dengan kepala anda di urut kemudian turun ke badan dan kaki. Proses mengurut berakhir di bahagian belakang badan.
Cubalah sekiranya ada terjumpa ruangan urut Rest N Go di pasaraya berdekatan anda. Sangat berbaloi dan boleh mengembalikan kesegaran hari anda.
Selamat mencuba.
Leave a Reply