
Covid-19 oh Covid-19. Habis terbantut kerja-kerja kat pejabat. Bila bawa ke rumah jadi macam melepas batuk ke tangga lah jawabnya.
Semalam arahan PKP yang masih berjalan. (saya tak kira hari ke berapa pula). Seperti biasa saya duduk di rumah diam-diam. Antara rutin harian selain buat kerja marketing di online, saya mesti tengok filem kat Astro. Filem yang saya sempat tengok hari ini tajuknya “Papillon”.
Masa tengok cerita nie dah suku jalan dah. Masa itu adegan tumbuk menumbuk sekumpulan geng penjara kat atas kapal. Tiba-tiba dorang kena sembur dengan air wap panas sampai melecur teruk muka. Kalau zaman sekarang ini macam FRU sembur air kat penunjuk perasaan tepi jalanlah saya fikir. Saya masih terasa hambar lagi filem ini. Tapi layan sahaja.
Tiba-tiba kapal besar tadi sampai di satu pulau. Semua geng penjara tadi turun sambil jalan perlahan-lahan. Ada yang kena pukul dengan warden penjara. Dari baju dan pakaian warden tadi saya dapat agak filem ini dibuat berdasarkan tahun 30an-40an.Penjara ini boleh dikatakan dikawal ketat jugalah. Babak yang mula menarik perhatian saya bila satu ayat dari Ketua Warden.Ayatnya agak menakutkan, “Anda boleh lari dari sini. Anda boleh pilih untuk mati dihutan kelaparan atau mati dimakan jerung di laut.”
Okey, dari sini saya dah boleh agak filem ini pasal lari dari penjara. Adegan kena kejar dan tembak-tembak,. Samalah macam filem Shawshank Redemption, The Alcatraz ataupun Escape Plan.
Cukup 30 minit melayan filem ini, saya makin khusyuk menghayati plot-plot yang ada. Bahagian paling menarik bila cubaan melarikan diri dari penjara gagal sebanyak dua kali.Akhirnya banduan tadi kena hantar di sebuah pulau yang tak mungkin ada sesiapa mampu melarikan diri. Ganas juga namanya, “The Devils Island”.
Bayangkan seorang banduan, dua kali cubaan gagal dan hampir jadi gila. Secara logiknya memang tidak akan ada cubaan seterusnya. Dahlah dekat pulau yang tinggi, jauh dari daratan. Kalau cuba lari pun jawapannya pasti mati. Tapi tidak bagi Mr X. Cubaan kali ketiga ini walaupun agak gila tetapi dia bertekad untuk berjaya kali ini.
Dengan hanya berbekalkan rakit yang dibuat dari kelapa, Mr X berjaya melarikan diri dari “The Devils Island”. Merentas lautan dan akhirnya berjaya tiba di daratan. Untuk melarikan diri dari sini beliau terpaksa terjun dari tebing tinggi beratus kaki. Memang tidak masuk akal bagi manusia normal. Tetapi nekad yang kuat mengatasi segala-galanya
Filem “Papillon” ini merupakan filem biografikal seorang banduan yang bernama Henri “Papillon” Charrière. Beliau di sabitkan hukuman penjara ‘Devils Island’ atas kesalahan yang tidak beliau lakukan. Bagi membuktikan beliau tidak bersalah beliau nekad untuk melarikan diri. Nilai moral yang tinggi dari filem “Papillon” ini sangat bagus dan saya sangat mencadangkan mereka diluar untuk menonton filem ini.
Leave a Reply