• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Ragbi Sukan Istimewa

Ragbi Sukan Istimewa

18 March 2019 by abglejen 4 Comments

Sukan ragbi merupakan sukan yang sering ditakuti oleh orang ramai. Dilabel sebagai ganas sehingga ada yang mengatakan ia sukan yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi saya mempunyai persepsi yang sangat berbeza dengan sukan ini.

Saya mula mengenali sukan ragbi ketika di sekolah menengah. Seawal saya mendaftarkan diri di sekolah, saya telah diajar bermain ragbi. Maka di situlah bermulanya cinta saya terhadap sukan yang dianggap ganas ini.

SENI RAGBI

Banyak perkara yang membuatkan saya jatuh cinta kepada sukan ragbi. Antara sebab utamanya ialah sukan ragbi membina jati diri yang tinggi di dalam jiwa mereka yang terlibat. Sebagai contoh semasa mewakili sekolah menentang sekolah lain, saya adalah pembawa maruah sekolah. Perkataan ‘kalah’ tiada dalam kamus hidup saya ketika itu. Ini menyebabkan saya akan sentiasa memberi 200% ketika mewakili sekolah.

Taktikal permainan ragbi juga sesuatu yang istimewa. Ragbi adalah permainan berpasukan. Saya di ajar untuk tidak mementingkan diri sendiri dan bertindak secara berkumpulan di atas padang. Di dalam ragbi tiada siapa yang boleh merasakan diri mereka lebih hebat berbanding rakan yang lain. Ini adalah kerana setiap yang berada di atas padang memerlukan satu sama lain.

Sukan ragbi juga bagi saya adalah sukan yang selamat. Ragbi di gelar “GENTLEMEN GAME” yang bermaksud tiada istilah mencederakan pihak lawan dengan sengaja dan bertindak tidak melulu. Sebagai contoh, semasa ingin menjatuhkan pihak lawan, pemain tidak dibenarkan merentap pakaian sewenangnya ataupun memegang dibahagian tengkuk dan ke atas.

Di dalam ragbi setiap pemain akan dilatih sepenuhnya sebelum diyakini benar-benar bersedia untuk berada di atas padang. Sesiapa yang belum cukup bersedia fizikal dan mental tidak dibenarkan langsung berada diatas padang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Berpeluang bermain ragbi merupakan peluang yang hanya hadir sekali dalam hidup saya. Mencintainya adalah kerana ia adalah jiwa di dalam hidup saya.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Matlamat Blog Abang Lejen
Next Post: Suami Sayang Isteri »

Reader Interactions

Comments

  1. Mysutori

    18 March 2019 at 9:56 pm

    Main ragbi ni memang seronok. Walaupun saya bermula main ragbi sebab lain, tapi memang lepas tu layan sampai habis sekolah.

    Sekarang dah lama tak main ragbi.
    Mysutori recently posted…Sardin sebagai penawar pantas ketika keracunanMy Profile

    Reply
    • abglejen

      20 March 2019 at 2:47 pm

      rinduu nak main ragbi.

      Reply
  2. Alpetito

    19 March 2019 at 7:59 am

    Terbaik abam lejen, pasukan mana yang aham lejen suka?
    Alpetito recently posted…4 Perisian Voice-To-Text PERCUMA Yang Boleh Membantu Korang Kerja Lebih PantasMy Profile

    Reply
    • abglejen

      20 March 2019 at 2:47 pm

      New Zealand All Blacks.. dengan team england yang ada Johnny Wilkinson …

      Reply

Leave a Reply to abglejen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Berapa Banyak Makanan Dibazirkan?
  • Sudut Pandangan Kekayaan
  • Buah Tangan Dari Luar Negara
  • Wahyu Semasa Isra’ dan Mikraj
  • Sakit Atau Lenguh Badan?

Recent Comments

  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Sejarah
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme