
Sebelum kita berjaya, jangan harap kami pulang.
Itulah sumpah pendekar kita, menuju medan bakti.
Memang semangat sungguh bila dengar lagu ini bermain di kaca TV tadi. Tiba-tiba teringat dengan ucapan ayahanda PM kita tempoh hari. Beliau ada menyebut akan wujudnya ‘A New Normal’ dalam kehidupan seharian selepas tamatnya PKP.
Terlebih dahulu jom kita lihat apakah maksud normal? Normal bermaksud biasa. Jadi apa yang diucapkan oleh PM adalah merujuk kepada perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan normal kita. Apakah hidup kita tidak normal selama ini?
Okey, macam ini. Kalau kita perasan di sekeliling kita sekarang. Banyak perkara baru yang mula wujud dan menjadi trending. Dari sudut ekonomi, perniagaan pendidikan, komunikasi dan macam-macam lagi. Sebagai usahawan marhaen saya akan ulas ‘A New Normal’ di dalam dunia perniagaan. Nanti sentuh topik lain kena kecam pula.
Salah satu perubahan besar yang kita boleh lihat ialah, penglibatan rakyat Malaysia dalam pemasaran digital. Ini dapat saya simpulkan daripada pernyataan seorang pakcik tua pemilik ladang harum manis di Perlis. Beliau mengatakan jumlah jualan beliau meningkat dan keuntungan meningkat. Dan apa yang buat beliau teruja adalah proses jual beli di alam maya adalah lebih mudah dan cepat. Seorang suri rumah pula disebabkan perasaan boring dirumah, belajar resepi buat tauhu bergedil dan pasarkan di online. Jualan beliau mencecah RM1000 sehari. Dahsyatkan?
Mungkin ramai yang beranggapan, alah biasalah tuh. Hakikatnya ini bukan perkara biasa. Normal pakcik harum manis sebelum PKP adalah jual secara bersemuka. Normal Kakak Bergedil adalah bekerja dengan gaji RM 3000 – RM 4000 sebulan.
Satu persoalan yang boleh kita tanya pada diri kita ialah. Apakah ‘New Normal’ kita? Adakah ianya membawa kita langit tinggi ataupun membuang kita ke jurang paling dalam. Tambahan kita selaku usahawan, perlu sentiasa menyiapkan diri kita untuk hadapi cabaran di masa akan datang.
Sebagai usahawan anda hendak wujudkan ‘A New Normal’ ? Boleh sambung baca artikel di link di bawah.
https://www.abanglejen.com/pemasaran-digital/
Leave a Reply