
Bila kita bercakap mengenai pencemaran udara. Secara automatik masyarakat kita membayangkan akan asap berkepul yang keluar dari kilang, asap lori dan kereta di jalanraya. Tak lupa juga hujan asid yang turun di bandar-bandar besar. Nasib baiklah kita ada rumah untuk berteduh dan berlindung dari semua ini kan?
Tapi pernahkah kita terfikir berkenaan pencemaran udara di dalam rumah? Aishh mana ada. Dalam rumah bersih jek. Bukannya ada asap berkepul-kepul pun masuk. Apa yang lebih menakutkan ialah kualiti udara di dalam rumah mempunyai risiko lebih kotor dari di luar rumah.
Kajian yang di buat oleh Environmental Protection Agency (EPA) USA mendapati tahap pencemaran udara di dalam rumah kebiasaannya 2 hingga ke 5 kali ganda dari tahap pencemaran di luar rumah. Sesetengah kes mencatatakan sehingga 100 kali ganda. Wow!!! Seriuslah. Ini berdasarkan kajian ya. Boleh baca lanjut di sini https://www.epa.gov/report-environment/indoor-air-quality.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pencemaran didalam rumah yang tinggi. Antaranya ialah.
1. Dari habuk dan debu dari luar rumah yang masuk ke dalam rumah. Habuk dan debu ini terkumpul lama di alatan rumah seperti karpet dan perabot.
2. Tidak mempunyai ventilasi pengudaraan yang baik menyebabkan kita seolah2 terkurung. Dan boleh terasa sesak.
3. Haiwan peliharaan, terutamanya haiwan yang berbulu kebiasaannya bulu mereka bertaburan di serata rumah.Ini membuatkan risiko kita menyedut bulu mereka menjadi lebih tinggi.
4. Penggunaan alatan pewangi membuat kita terdedah kepada bahan kimia.
5. Tabiat merokok di dalam rumah. Asap rokok dan bahan kimia dalam rokok kita sedia maklum sangat merbahaya untuk tubuh badan.
Bagaimana persepsi anda kini? Anda yakin rumah anda 300% bebas dari sebarang pencemaran? Tanggungjawab kita untuk pastikan Rumahku adalah Syurgaku. Selamat berPKP semua.
Leave a Reply