• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Tips Ringkas / Pemasaran Digital

Pemasaran Digital

14 April 2020 by abglejen 1 Comment

Pemasaran merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk memperkenalkan diri, produk ataupun sesebuah tempat. Proses ini perlu dilakukan secara berulangkali dan berterusan. 

Rata-rata masyarakat mendefinisikan pemasaran hanya sebagai jalan untuk mendapatkan jualan produk semata-semata. Namun sebenarnya pemasaran juga merangkumi skop penghasilan produk, pengurusan syarikat, kualiti produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan bermacam lagi yang berkait.

Dalam pasaran global hari ini, kaedah pemasaran bertukar dengan pantas dan kini kita berada di era ‘digital marketing’ ataupun pemasaran digital. Di Malaysia pemasaran digital mula menjadi perhatian bermula di penghujung tahun millenia. Dan kini ia berkembang pesat sebagai kaedah yang paling popular di Malaysia.

Jika anda seorang yang sedang berjinak-jinak di dalam dunia pemasaran digital. 

5 saluran pemasaran digital ini wajib digunakan kerana ia mempunyai pengguna yang sangat besar di dunia digital. 

https://www.facebook.com/mysalihean

Apakah ia? Jom kita lihat sama-sama.

  1. Facebook – Laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg mendominasi senarai platform pemasaran utama. Facebook merupakan platform yang mesra pelanggan dan mudah digunakan. Mempunyai pengguna di sekitar 22.7 juta orang di Malaysia. Bayangkan sekiranya anda seorang peniaga. Berapa ramai prospek yang sedang menanti anda di atas talian?
  • Instagram – Dibeli oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2012 dengan nilaian USD 1 billion. Instagram terkenal sebagai laman sosial yang sangat mudah dan interaktif. Pernah dilabel sebagai tempat perkumpulan golongan BBNU (Budak Baru Nak Up). Namun kini Instagram merupakan salah satu platform yang paling diminati dalam pemasaran digital.
  • Youtube – Bagi mereka yang meminati penggunaan video. Youtube adalah platform yang sangat sesuai untuk melakukan pemasaran digital. Bukan sahaja anda boleh memasarkan produk anda, malah sekiranya video anda mendapat sambutan, anda akan dibayar oleh Youtube. 
  • Website – Dahulunya website di katakan hanya relevan untuk syarikat. Kini website juga turut dimiliki oleh peniaga persendirian. Melalui website, mereka boleh mendekati pelanggan melalui tips ringkas, kisah peribadi dan perkembangan terkini perniagaan. Teknik ini membolehkan mereka mengepung pelanggan mereka di alam maya
  • Whatsapp – Aplikasi ini juga telah dibeli oleh Facebook pada tahun 2014 dengan harga 19 billion. Ia di katakan sebagai pembelian terhebat Facebook kerana digunakan secara meluas diseluruh dunia. Bagi yang baru memulakan perniagaan, aplikasi ini wajib berada di dalam telefon anda kerana ia memudahkan anda berhubung dengan bakal pelanggan.

Menguasai ke-5 platform di atas mungkin akan mengambil masa yang lama. Namun anda boleh memudahkan proses tersebut dengan membaca di blog dan buku atau mengikuti kelas oleh sifu-sifu hebat. Apapun kesabaran dan konsisten amat diperlukan sekiranya anda ingin menuai hasilnya dikemudian hari.

Filed Under: Tips Ringkas Tagged With: azizanosman, Coway, facebook, instagram, jualan, Marketing, pemasaran, sifufbads, water filter

Previous Post: « Sekolah Berasrama Penuh
Next Post: Permainan Zaman Kanak-Kanak »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. PKP – A New Normal | Abang Lejen says:
    18 April 2020 at 3:36 pm

    […] Pemasaran Digital […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme