• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Ramadan 2020 / Mudahnya Khatam Quran Ramadan

Mudahnya Khatam Quran Ramadan

27 April 2020 by abglejen Leave a Comment

Quran merupakan salah satu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Ia adalah kitab yang dipelihara oleh Allah S.W.T dari di seleweng atau di salahgunakan oleh umat manusia yang tidak bertanggungjawab. Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai sumber rujukan umat manusia yang relevan sehingga bila-bila.

Ayat Al Quran pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah dari lima ayat pertama dari  surah Al-Alaq

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”

Ia diturunkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W sedang menyendiri di dalam Gua Hirak. Di saat itu masyarakat Arab Jahiliyah belum lagi beriman dan  masih menyekutukan Allah S.W.T.Menurut sebahagian ahli sejarah, peristiwa ini terjadi pada tanggal 17 Ramadhan 41 H ( 6 Ogos 610 H ), namun tiada pendapat yang jitu berkenaan tarikh sebenar peristiwa wahyu pertama itu berlaku.

Di bulan Ramadan kita dianjurkan membaca Al-Quran secara bersendirian ataupun bertadarrus beramai-ramai. Hari ini abanglejen ingin berkongsi cara mudah untuk khatam Al Quran dalam tempoh 30 hari Ramadan. 

Al Quran mempunyai 604 mukasurat dan 30 juzuk. Ini bererti kita boleh khatam Al Quran dalam tempoh sebulan di bulan Ramadan. Bermula dengan 30 juzuk, ini bererti setiap hari kita perlu menghabiskan 1 juzuk sehari. Dari jumlah 604 muka surat apabila kita bahagikan 30 hari kita akan dapati jumlah muka surat yang perlu kita habiskan sehari ialah 20 muka surat.

Sebagai umat islam, kita diwajibkan menunaikan solat fardhu 5 kali sehari. Bermula subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Mari kita ambil semula tadi yang mana sehari kita perlu habiskan 20 muka surat. Jika dibahagikan jumlah muka surat kepada jumlah solat fardhu kita sehari, setiap kali sesudah solat fardhu kita perlu membaca sekurangnya 4 muka surat Al Quran. Apabila kita amalkan setiap hari maka sudah pasti kita dapat khatam Al Quran dengan jayanya pada bulan Ramadan ini.

Demikianlah tips ringkas khatam Al Quran Ramadan. Alhamdulillah tips ini digunakan oleh abanglejen setiap tahun dan sangat bermanfaat. Sampaikanlah kepada rakan-rakan dan saudara mara kita yang lain ya. Bersama kita jadikan Al Quran sebagai sumber nur dalam kehidupan kita. 

Filed Under: Ramadan 2020, Umum Tagged With: abanglejen, alquran, Corona, Covid 19, gua hirak, khatam, nabi muhammad, PKP, ramadan, ramadan 2020

Previous Post: « Ibadah Ramadan
Next Post: Membeli di E-Bazar Ramadan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme