
Pernah dengar orang kata? Bila kita berkahwin kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita semata-mata. Malahan kita berkahwin dengan seluruh kaum keluarganya. Ini tertakluk kepada lelaki dan juga perempuan. Menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan adakalanya boleh menjadi sangat sukar dan boleh mengundang ‘Tragedi Oktober’ di dalam rumahtangga kita.
Bagaimana agaknya kita dapat belajar untuk cepat menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan terutamanya mertua?Mari kita bongkar bersama demi keutuhan rumahtangga anda semua.
Rajin Beramah Mesra
Mertua ini macam ibu bapa kita sendiri juga. Mereka perlukan tempat untuk bercerita dan berbual panjang. Apabila pulang ke kampung ambil masa untuk berbual saling mengenali antara mertua. Sebelum berkahwin, mertua hanya mengenali anda di luaran sahaja. Malah ada yang tahu hanya sekadar cerita dari pasangan anda. Anda rasa cukupkah ini semua? Jawapannya pasti tidak. Lelaki bolehlah ajak bapa mertua sama-sama ke masjid dan yang perempuan bolehlah berbual panjang ketika di dapur. Jangan pula bila balik rumah mertua, terperam di dalam bilik sahaja.
Bantu Selesaikan Masalah
Manusia tidak pernah lari dari masalah. Begitulah juga mertua atau pun keluarga pasangan kita. Sebagai pasangan yang prihatin kita sebolehnya berusaha menjadi tempat rujukan dan akses yang boleh diharapkan. Tidak perlu perkara yang kompleks. Bayangkan dengan membantu perkara semudah buang sampah, bakar sampah, beli ikan di pasar, vakuum rumah, mop lantai dan siram pokok bunga. Tetapi ingat ya, dalam membantu ini jangan sampai campur tangan masalah peribadi keluarga pasangan kita. Nanti orang kata, berlebih-lebihan pula.
Rajin Memberi
Sudah abanglejen maklumkan tadi, layan mertua dan keluarga pasangan kita umpama keluarga kita sendiri. Justeru kita janganlah lokek untuk memberi kepada mereka. Tidaklah perlu gelang emas dan intan berlian. Sekali-sekala hulurlah duit belanja kepada mereka, belanja makan di restoran ternama dan berilah hadiah pada hari lahir mereka. Semua ini akan membuat hubungan menjadi lebih erat lagi. Lebih bagus belikan Water Filter Coway didapur mereka supaya senang mertua membuat kerja-kerja memasak. Hebatkan?
Alam perkahwinan seharusnya menjadi lebih baik sekiranya kita pandai menguruskan emosi dan jiwa mereka disekeliling kita dengan baik. Amalkan tips ringkas diatas sentiasa apabila bersama mertua dan keluarga pasangan anda masing-masing ya.
Leave a Reply