GLORY-GLORY MAN UNITED!!
Season 1994-95 merupakan satu season yang penuh warna warni untuk pasukan Manchester United. Ia antara season yang wajar diingati.
Bermula dengan kemenangan tertinggi Manchester United dalam liga Premier league. Membelasah Ipswich Town 9-0 di gelanggang keramat Old Trafford. Ia merupakan masih rekod tertinggi sehingga sekarang.
Masih ramai ingat lagi? Cantona Kung Fu Kick. Peristiwa ini terjadi pada season yang sama. Kesan kepada kejadian ini dikatakan antara penyumbang kegagalan Manchester United memenangi Premier League dan Fa Cup pada season 1994-95.
Kejuaraan Premier League pada season ini adalah milik kelab Blackburn Rovers. Persiangan antara dua pasukan ini sangat dramatik sehingga ia ditentukan sehingga hari terakhir perlawanan. Meskipun pada perlawanan terakhir Blackburn Rovers tewas kepada Liverpool, kejuaraan tetap milik mereka. Ini adalah kerana Manchester United hanya sekadar mampu seri sahaja.
Walaupun season ini boleh dianggap kurang berjaya, namun ia tetap dianggap sebagai titik permulaan dominasi Manchester United di Premier League untuk hampir dua dekad seterusnya. Pada season inilah ‘Batch of 1992’ mula diperkenalkan. Ini diikuti dengan penjualan beberapa pemain utama seperti Paul Ince, Andrei Kanchelskis dan Mark Hughes.
Apapun season 1994-95 akan terus dikenang sehingga bila-bila oleh penyokong Manchester United The Red Devils.
Leave a Reply