• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Lailatul Qadr Malam Istimewa

Lailatul Qadr Malam Istimewa

12 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Lailatul Qadr adalah salah satu sebab kenapa ramadan ditunggu-tunggu oleh umat islam seluruh alam.  Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar” (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Sejarah mengenai Lailatul Qadr berlaku apabila para sahabat Rasulullah S.A.W pada ketika itu mengagumi seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1000 bulan. Beliau berjihad di siang hari dan beribadah di malam hari.  Maka dengan itulah turunnya firman Allah membawa perkhabaran gembira mengenai malam Lailatul Qadr khusus untuk umat nabi Muhammad S.A.W.

Malam itu Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah SWT yang dikhaskan untuk malam ini. Selain itu, al-Qadr juga membawa maksud “penetapan”. Oleh itu, Lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan hambaNya yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.

Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.

Justeru  ini merupakan satu anugerah yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan.Hanya tinggal kurang dua minggu kini untuk umat Islam mengejar gandaan pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang benar-benar ikhlas beribadah sepanjang Ramadhan tahun ini.  Belum tentu kita akan menemui Ramadan yang seterusnya. Maka setiap orang Islam yang beriman pastinya berusaha mencari Lailatul Qadr kerana keistimewaan yang terdapat pada malam tersebut. Jika dihitung, seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan. Ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya. Bayangkan, apabila anda beramal pada malam itu. Satu amalan kebaikan Allah SWT gandakan pahalanya menyamai beramal lebih dari 1000 bulan, lebih dari 83 tahun dan 4 bulan. Mana mungkin seorang hamba dengan usaha biasa mampu beramal tanpa henti selama 83 tahun? Itupun sekiranya usianya sampai ke 83 tahun. Jika dibandingkan dengan hayat umat para Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW adalah sangat panjang hingga ada yang beratus tahun umurnya, berbeza dengan umat ini yang hidup sekitar 70-80 tahun sahaja kebiasaannya. Walaupun begitu kerana kasihnya Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SA, kita tetap diberi ganjaran amal seumpama mereka yang hidup dan beramal sebegitu lama

Sebagai menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T marilah kita menggandakan amal ibadat kita tidak kira yang wajib ataupun yang sunat. Semoga kita diberi peluang untuk bertemu Lailatul Qadr pada tahun ini.

Filed Under: Umum Tagged With: 1000, 1000 bulan, abanglejen, allah, istimewa, lailatulqadr, ramadan, ramadan 2020, rasulullah

Previous Post: « Revolusi Kad Debit
Next Post: Kenapa Bulan Ramadan Berat Badan Meningkat »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme