• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Tips Ringkas / Ketahui 3 Segmen Bakal Pembeli Anda

Ketahui 3 Segmen Bakal Pembeli Anda

7 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Keseronokan bagi seseorang yang bergelar usahawan ialah apabila produk yang mereka jual dibeli oleh pelanggan. Berniaga punya pasal boleh jadi lupa untuk makan seharian. Begitulah nikmatnya seolah-olah seperti menjilat jari. 

Disebalik nikmat itu, pastinya ada cabaran dan dugaan yang wajib ditempuhi. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha yang terancang dan konsisten. Lebih-lebih lagi jika mereka yang baru-baru hendak belajar berniaga. Wajib ada tangga-tangga yang mesti dilalui dengan tabah. Kali ini abanglejen ingin berkongsi 3 segmen bakal pembeli yang perlu diketahui sebelum melakukan pemasaran. 

Pasaran Panas (Hot Market) 

Pasaran ini merupakan tempat awal yang biasanya digunakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan. Ini adalah kerana pasaran ini biasanya telah mengenali dan mempercayai kita tanpa rasa ragu-ragu. Contoh pasaran ini ialah ibu bapa, adik beradik, kawan semasa belajar atau kawan sekerja. Kebaikan pasaran ini ialah mudah untuk kita berurus niaga dan tidak banyak soal. Tapi awas ya, pasaran ini sangat terhad. Ia selalunya dijadikan medan untuk kita belajar dan menajamkan kemahiran berniaga kita. 

Pasaran Suam (Warm Market) 

Pasaran ini kita akan mula dapat apabila kita konsisten melakukan pemasaran di tempat-tempat umum. Contohnya di media sosial. Abanglejen beri satu contoh. Di dalam media sosial kadang-kadang kita ada berkawan dengan mereka yang mungkin kita pernah sekali sahaja jumpa atau mengenali melalui pasaran panas kita. Pasaran ini biasanya memerlukan kita sebagai peniaga untuk lebih agresif dan berpengetahuan mengenai produk yang kita jual. 

Pasaran Sejuk (Cold Market)

Ini adalah pasaran paling sukar untuk ditangani. Kenapa? Pasaran ini adalah mereka yang kita tidak pernah kenal sama sekali dalam hidup kita. Pasaran ini wujud selalunya apabila peniaga mula memasarkan produk mereka lebih agresif dan mempunyai kredibiliti diri yang dipercayai. Semua peniaga menginginkan untuk mendapat pelanggan dari pasaran ini.  Kebaikannya adalah, pasaran ini luas dan mencabar. Keseronokan anda sebagai peniaga selalunya bermula disini. 

Suka abanglejen ingatkan, setiap segmen pasaran di atas mempunyai teknik dan cara untuk diuruskan. Kita sebagai peniaga wajib  sentiasa menambah ilmu di dada sebagai persediaan menghadapi mereka kelak. Jumpa anda di puncak kejayaan. 

Filed Under: Tips Ringkas Tagged With: abanglejen, berniaga, cold, hot, Panas, pasaran, sejuk, suam, tips

Previous Post: « Membongkar Rahsia Tambat Hati Mertua Dulu Kini dan Selamanya
Next Post: 3 Rukun Wajib Bila Berniaga »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme