
Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia nyata memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Seperti yang Perdana Menteri kita yang tersayang pernah nyatakan ia digelar norma baharu.
Perubahan yang berlaku dari pelbagai sudut merangkumi kehidupan seharian, amalan kesihatan dan juga cara bekerja kita. Abanglejen sentiasa percaya disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Hari ini abanglejen ingin mengajak pembaca melihat dari sudut positif dari Covid-19 yang melanda kita.
1. Budaya lepak malam berjaya dikurangkan. Selaras dengan PKP yang dilaksanakan, kita dapat melihat rakyat Malaysia kurang melepak membuang masa di kedai-kedai dan restoran.
2. Pengamalan budaya sihat. Rakyat mula percaya kepada budaya hidup sihat. Sebagai contoh sekiranya dulu kurang membasuh tangan, tetapi kini ia menjadi satu rutin hariap setiap saat dan ketika.
3. Mengeratkan silaturrahim dan perhubungan. Atas alasan kesibukan urusan kerja ramai rakyat malaysia lupa menjaga hubungan sesama manusia. Lebih-lebih lagi antara keluarga. Abanglejen percaya selepas ini kita akan lebih sayang dan menghargai mereka di sekeliling kita.
4. Sebagai seorang peniaga tegar, abanglejen melihat ramai individu yang abanglejen kenali kini mula bergiat aktif melakukan perniagaan. Apa yang menarik apabila perniagaan yang mereka lakukan memberi pendapatan berlipat kali ganda berbanding pekerjaan mereka.
5. Patuh pada arahan dan undang-undang. Mematuhi undang-undang bukan perkara yang mudah. Namun rakyat Malaysia berjaya mengikut undang-undang yang ditetapkan dengan jayanya. Sifat ini sekaligus akan menjadikan seseorang lebih berdisiplin di masa hadapan.
6. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sedikit sebanyak, kesukaran yang dilalui akan membuatkan seseorang kembali kepada Allah. Kita akan sentiasa berusaha memohon keampunan dan berdoa memohon kesejahteraan kepada Allah S.W.T.
6. Menggunakan teknologi untuk mendapatkan info yang bagus. Disebabkan masa dan ruang yang ada, ramai yang abanglejen mula cenderung mencari sumber san bahan berbentuk ilmiah di atas talian. Sebelum ini internet hanya digunakan untuk bersosial sahaja, tetapi kini internet turut digunakan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berguna seperti menu memasak, tips kurus, tips rumah cantik dan macam- macam lagi.
Manusia dianugerahkan akal dan fikiran. Kita perlu sentiasa melihat sudut positif setiap bencana yang melanda kita. Reaksi kita menentukan bagaimana diri kita untuk masa depan kita. Bijaksana dalam bencana.
Leave a Reply