• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Kerepek Kegemaran Hari Raya

Kerepek Kegemaran Hari Raya

14 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Hari raya tahun ini sudah pastinya berbeza bagi umat islam di Malaysia. Kita berada dalam PKPB dan terpaksa membataskan pergerakan kita semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Namun perasaan seronok untuk menyambut lebaran masih tetap membara. Di sana sini di dalam internet, iklan kuih raya dan baju raya semakin banyak boleh dilihat. Abanglejen juga tidak ketinggalan mencari-cari kerepek kegemaran untuk dijadikan juadah di hari raya nanti. 

Abanglejen merupakan penggemar kerepek- kerepek. Biasanya setiap kali menjelang hari raya, abanglejen akan turun ke Banting untuk membeli kerepek secara pukal dari pembekal yang bernama Wak Jali. Berikut adalah antara 3 jenis kerepek yang wajib abanglejen beli di musim raya.

Kerepek Ubi masin

Sedap di makan apabila minum sekali dengan kopi. Itulah saat paling bahagia sekali. Kerepek ubi masin adalah juadah yang tidak akan jemu di makan sambil kita sibuk berbual dengan keluarga di pagi hari raya.

Kerepek Ubi Pedas Basah

Ada dua jenis iaitu basah dan kering. Abanglejen menggemari yang basah kerana ada rasa manis-manis. Bila dikunyah pun lembut dan mudah ditelan. Satu plastik 1kg abanglejen boleh habiskan begitu sahaja tau. Dalam keluarga abanglejen kerepek ubi pedas paling digemari. Abang,kakak dan adik memang akan berebut di pagi raya. Oh, indahnya suasana ketika itu.

Kerepek Pisang Tanduk

Ada bermacam jenis kerepek pisang. Maksud abanglejen ia dibuat dari pisang jenis apa. Berdasarkan pengalaman abanglejen semasa berbual dengan Wak Jali di Banting. Pisang tanduk yang di tanam di Pahang adalah yang paling terbaik untuk dibuat kerepek pisang. Kerepek pisang sememangnya pilihan istimewa rakyat Malaysia. Dalam balang kuih raya, rumah mana yang tidak hidangkan kerepek pisang? 

Anda pula macam mana? Abanglejen yakin anda juga penggemar kerepek terutamanya di musim Hari Raya ini. Cuba komen kerepek mana yang paling anda gemari. 

Filed Under: Umum Tagged With: abanglejen, aidilfitri, hari raya, kerepek, pisang, pisang tanduk, ramadan, ramadan 2020, ubi, ubi pedas

Previous Post: « Kenapa Bulan Ramadan Berat Badan Meningkat
Next Post: Syoknya Balik Kampung »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme