• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Kenapa Bulan Ramadan Berat Badan Meningkat

Kenapa Bulan Ramadan Berat Badan Meningkat

13 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Bulan Ramadan merupakan peluang keemasan untuk meningkatkan rutin ibadah, membuat amal jariah dan yang turut tidak ketinggalan bagi sesetengah individu, peluang untuk menurunkan berat badan.

Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai? Atau berat badan ‘maintain’, atau paling perit, berat badan naik?

Ini beberapa sebab kenapa berat badan anda tidak turun walaupun berpuasa.

1. Corak pemakanan yang tidak konsisten

Ramai yang seronok makan ketika berbuka, menjamah sedikit sebelum tarawih, ditambah lagi dengan moreh sebelum sahur pada awal pagi.

Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk menjamah lebih pada waktu malam, sila elakkan pengambilan makanan berat sebelum tidur.

Metabolisme badan turun ketika tidur dan makanan yang diambil sebelum tidur tidak akan diproses dengan betul dan mungkin lebih disimpan sebagai lemak berbanding digunakan sebagai tenaga.

Hadkan pengambilan makanan berat hanya ketika berbuka dan sahur.

2. Tidak kekal hidrat

Pengambilan air yang cukup adalah sangat penting untuk keseimbangan tenaga dan berat badan.

Tanpa kadar kehidratan yang cukup, badan akan sering lesu dan penggunaan tenaga berkurangan. Semua ini menyebabkan anda kurang bergerak dan menambah kumpulan lemak daripada semua makanan yang diambil.

Banyakkan minum air kosong atau mineral antara waktu berbuka dan sahur. Hadkan pengambilan air manis atau berkarbonat.Jangan lupa minum dari sumber yang sihat seperti dari water filter Coway yang bertapis dan sentiasa diservis.

3. Kekurangan buah-buahan, sayur dan serat

Kelancaran pergerakan usus anda adalah sangat penting untuk mengimbangkan serapan tenaga dan zat untuk kesihatan badan. Juadah berbuka puasa – segala jenis makanan ayam, daging dan ikan dihidang dengan hanya segenggam sayuran.

Beli sayuran yang tahan lama seperti timun dan lobak yang boleh dimakan begitu sahaja dan tambahkan kepada hidangan yang anda beli atau masak pada awalnya. Cuba tukarkan masa moreh kepada makanan snek buah-buahan dan air kosong dan saksikan perbezaannya.

4. Berhenti sebelum kenyang

Amalkan pengambilan kalori yang berpada-pada dan hadkan bilangan kuih dan pinggan sampingan anda. Berhenti sebelum kenyang. Beli dan masak makanan yang anda perlu dan bukan berpandukan nafsu.

5. Aktiviti fizikal

Walaupun berpuasa, senaman masih boleh dilakukan. Lebihkan berjalan. Naik tangga atau turun tangga. Sekiranya anda biasa bersukan ketika puasa, teruskan.

6. Rehat dan tidur yang cukup

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk mengimbangi penggunaan tenaga. Sekiranya banyak masa tidur malam anda terkorban dengan masa terawih dan sahur, amalkan “power nap” pada waktu tengahari. Hanya 20-30 minit diperlukan untuk kembali rasa segar.

Kita masih berbaki dua minggu lagi sebelum Aidilfitri menjelma.Masih ada ruang dan waktu untuk membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Lailatul Qadr Malam Istimewa
Next Post: Kerepek Kegemaran Hari Raya »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme