
Dipanggil dengan berbagai panggilan seperti ibu, emak, ummi dan mama. Apa jua panggilan yang kita berikan kepada mereka. Merekalah yang mengandungkan kita 9 bulan 9 hari, maka tidak hairanlah kasih sayang mereka memang tidak mampu kita balas walau dengan segunung emas. Sempena hari ibu yang baharu sahaja kita sambut beberapa hari lepas, abanglejen ingin berkongsi beberapa tips ringkas yang boleh digunakan untuk menjaga hati seorang ibu.
Sebagai pedoman petua untuk menambat hati seorang ibu:
- Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI mempelawanya,walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.
- Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.
- Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya.
- Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.
- Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah peluang mengutarakan pendapat tetapi awas… jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli keluarga yg lain menyertai perbualan.
- Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.
- Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya.
- Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga.
- Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.
- Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita…
- Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.
- Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.
- Andainya yang tinggal berjauhan tu….sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita…rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.
Sebagai seorang anak janganlah kita melukakan hati ibu kita. Dialah pelindung di kala kita dalam merbahaya, dialah pendidik di kala kita hilang arah dan dialah sumber kekuatan di kala kita lemah.
Leave a Reply