• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Ramadan 2020 / Juadah Sate Ketika Iftar Ramadan

Juadah Sate Ketika Iftar Ramadan

1 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Hari ini genap hari ke-8 berpuasa di bulan Ramadan 2020. Tiada apa yang nampak istimewa tahun ini melainkan dulu abanglejen seorang, kini berdua. Seperti biasa perkara yang membuat hampir seluruh rakyat Malaysia pening kepala ialah menu berbuka puasa. Tidak ketinggalan kami berdua pun saling bertanya apa hendak makan untuk berbuka puasa hari ini.

Tinggg! Tiba-tiba orang rumah mencadangkan untuk makan sate. Bernas sungguh idea orang rumah. Cuma masalahnya hendak mencari sate yang benar-benar memenuhi citarasa dalam keadaan PKP ini abanglejen rasa tidaklah semudah hari biasa. Maka bermulalah operasi mencari di ‘google’ di mana boleh dapatkan sate khas untuk berbuka hari ini. 

Sebut berkenaan sate, kalau sekarang berada di Kajang memang tiada masalah langsung.Dimana-mana sahaja ada orang menjual sate. Mana tidaknya Kajang sendiri di gelar Bandar Sate. Nama-nama besar dalam industri sate di Lembah Klang pun berasal dari Kajang. Sate Haji Samuri, Sate Willy dan Sate Haji Rono adalah antara jagoan ulung dalam industri sate. 

Hakikatnya abanglejen dan isteri berada di Damansara. Cari punya cari akhirnya kami bersetuju untuk order dari restoran D’Satay. Nampak menarik kerana ada rating yang tinggi dan komen yang bagus dari pembeli sebelum ini. Terus abanglejen buat panggilan dan order 10 cucuk sate ayam, 10 cucuk sate daging dan 10 cucuk sate kambing. Abanglejen pesan pada brader sate, kami akan datang ambil tepat jam 5.30 petang.

Tepat jam 5.30 petang kami tiba di restoran D’Satay. Suasana agak sibuk namun peniaga kedai dan pembeli menjaga etika di musim PKP dengan mengekalkan penjarakkan sosial dan memakai topeng muka. Selesai membuat bayaran melalui atas talian, abanglejen pun terus bergerak balik ke rumah. 

Aroma bau sate didalam kereta memang sesungguhnya menguji keimanan abanglejen. Rasa hendak dibuka bungkusan sate dan makan serta merta. Tapi itulah dia kemanisan berpuasa, ia mengajar hamba-Nya erti kesabaran. Sesampai dirumah, kami terus bersiap sedia untuk berbuka puasa. Plastik sate dibuka dan diasingkan di atas meja. Jam baru menunjukkan 7 petang. Ada beberapa minit lagi untuk abanglejen berperang dengan hawa nafsu.

Allahuakbar, Allahuakbar. Usai membaca doa berbuka puasa, pinggan terus dicapai, 3 cucuk sate ayam, 3 cucuk sate daging, 3 cucuk sate kambing. Sate kambing menjadi pilihan pertama untuk dinikmati sebagai tanda berbuka puasa hari ini. Nikmatnya tidak terkata. Di dalam hati berkata, nikmat apa lagi yang engkau dustakan. Terima kasih D’Satay kerana menyediakan sate yang menepati citarasa dan sangat menyelerakan. 

Filed Under: Ramadan 2020, Umum Tagged With: abanglejen, Covid 19, kajang, PKP, puasa, ramadan, samuri, satay, sate

Previous Post: « Ibadat Tarawikh Bulan Ramadan
Next Post: Jauhi Sifat Negatif di Bulan Ramadan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme