• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Umum / Ramadan 2020 / Jauhi Sifat Negatif di Bulan Ramadan

Jauhi Sifat Negatif di Bulan Ramadan

2 May 2020 by abglejen Leave a Comment

Berpuasa merupakan amalan yang diwajibkan ke atas umat islam seperti mana yang termaktub di dalam alquran yang bermaksud,

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri dan dari segi syaraknya bermaksud menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar siddiq sehingga terbenam matahari dengan syarat puasa itu disertakan dengan niat.

Selain daripada mendapat pahala dari amalan berpuasa, kita juga boleh mengambil peluang ramadan untuk membina sifat positif dan membuang sifat negatif. Jom kita lihat bersama apa amalan negatif yang kita buang di bulan Ramadan

Merokok

Bagi perokok tegar bulan puasa sering dikaitkan bulan melatih diri untuk berhenti merokok.Abanglejen sedia maklum ada perokok diluar kadang-kadang lebih merasa hendak merokok dari makan. Ishk.. ishkk. Jangan sampai macam tuh. Ambillah peluang untuk mengajar diri mengurangkan merokok. Bukan sahaja menjamin tubuh badan yang lebih sihat. Merdeka dari sifat merokok juga bermakna kita menjauhi amalan pembaziran.

Pembaziran Makanan dan Minuman

Godaan makan dan minum di bulan ramadan sangat tinggi. Lebih-lebih lagi bila membelek e-bazar. Boleh dikatakan semua makanan kita hendak kita order. Belum lagi campur makanan yang dimasak. Akhirnya apabila tiba masa berbuka puasa, makanan yang diorder atau dimasak rupanya berlebih-lebihan sehingga berlakunya pembaziran. Sepatutnya ketika berpuasa, kita ambil peluang untuk didik nafsu makan kita supaya tidak makan dengan keterlaluan. Rancang pembelian serta masakan kita setiap hari. Ingat ya, membazir itu amalan syaitan

Bermalas-malasan

Abanglejen faham bulan ramadan ini badan rasa letih sahajakan. Tekak pun rasa haus dan dahaga. Ini membuatkan badan pun rasa malas hendak bergerak dan beraktiviti. Sebenarnya apabila kita lebih aktif dibulan ramadan, sudah pasti kita mampu menjadi lebih baik di bulan biasa. Ini adalah kerana tubuh badan kita sudah dilatih selama sebulan menahan lapar dan dahaga. Jika kita singkap semula sejarah, Perang Badar berlaku di bulan puasa. 
Demikianlah antara perkara-perkara negatif yang abanglejen rasakan kita perlu buang jauh ketika dibulan ramadan. Ambil peluang ramadan ini untuk ubah sifat negatif kepada positif dan menggandakan amal ibadat kita ke hadrat Allah S.W.T. 

Filed Under: Ramadan 2020, Umum Tagged With: abanglejen, Makanan, malas, merokok, minuman, negatif, positif, puasa, ramadan, ramadan 2020, sifat

Previous Post: « Juadah Sate Ketika Iftar Ramadan
Next Post: Kekal Bertenaga Semasa Ramadan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme