
Pengalaman menjadi imam tarawikh boleh menjadi mimpi paling ditakuti oleh para lelaki yang bergelar suami diluar sana. Sebaliknya jika dilihat pada persepktif yang lebih indah, ia sebenarnya ada pengalaman paling manis dalam kehidupan para lelaki. Seharusnya mereka ya bergelar suami teruja kerana mendapat peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup.
Kalau bukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan penularan Covid-19, mungkin ramai suami masih bergelar makmum di masjid atau surau.
Cerita berkenaan Imam Tarawikh ini telah tular dikalangan para suami sebelum menjelang Ramadan lagi. Di media sosial lawak-lawak berkaitan menjadi imam tarawikh mula muncul dan ini menjadikan isu ini semakin mendapat perhatian.
Abanglejen juga tidak ketinggalan antara mereka yang mula tidak senang duduk. Mana tidaknya, sepanjang hidup tidak pernah langsung menjadi imam tarawikh. Hendak dijadikan cerita, ini adalah ramadan pertama perkahwinan abanglejen.
Berdegup kencang jantung bila memikirkannya. Jadi dalam beberapa hari sebelum Ramadan, abanglejen segera mencapai telefon untuk hubungi ayah di kampung. Maka berlakulah perbualan antara seorang ayah dan anak lelakinya.

‘Ayah, nak tanya sikit ini’ tanya abanglejen perlahan.
‘Apa tuh? Tanyalah’
‘Solat tarawikh nanti macam mana ya?’
‘Eh kenapa? Solat jeklah. Selama ini solat tiada masalah. Kenapa tiba-tiba tanya ini?’ Tanya ayah hairan.
‘Yerlahhh, tahun ini kena jadi imam. Takutlah sikit. Surah-surah lazim pun kadang-kadang ada tersasul’ jawabku dengan nada risau.
‘Laaaa. Pasal itu ker? Tak payahlah hendak risau. Kalau susah sangat hendak baca ayat lazim itu, baca jek 3 Qul. Ulang sahaja ayat itu. Bukan satu kewajipan pula kena baca surah yang panjang-panjang masa tarawikh’
‘Ohhhh, jadi tiada masalah lah ya? Yang penting ditunaikan solat tarawikh itu kan?’
‘Yup, betul’ jawab ayah abanglejen mudah.
Kami pun terus beralih kepada topik lain dan berbual selama 15 minit lagi. Mendengar penjelasan dari ayah, abanglejen pun lega. Hilang terus kekusutan di dalam hati dan jiwa. Terus tiba-tiba rasabersemangat dan teruja untuk menjadi imam tarawikh buat kali pertama.
Alhamdulillah, sedar tak sedar hari ini sudah genap 7 malam abanglejen bertarawikh bersama isteri dan keluarga. Sesungguhnya islam itu mudah. Abanglejen percaya ini adalah nikmat yang tidak terhingga di bulan Ramadan 2020.
Leave a Reply