
Buntu kepala, silap-silap boleh pecah dibuatnya. Musim PKP ini memang ramai yang sampai rasa terkurung sebab duduk dalam rumah sahaja. Biasa keluar rumah buat kerja, minum kopi, lepak mamak dengan kawan-kawan ataupun beriadah main futsal ramai-ramai. Sekarang hari-hari bangun tidur, tengok tv makan, tengok tv, makan dan tidur. Badan pun dah makin naik sebab makan tidak berhenti-henti.
Sebenarnya bila kena kurung dalam rumah ini, macam-macam boleh dibuat. Abanglejen hendak berkongsi apa yang abanglejen lakukan sepanjang PKP ini.
1.Membina hubungan

Perasan kan, kalau hari biasa kita tiada masa hendak beramah mesra dengan orang terdekat kita. Tapi sekarang kita ada lebih banyak masa dengan isteri kita dan anak-anak. Selama ini mungkin kita sibuk dengan kerja, balik rumah pun cerita pasal kerja. Sekarang bolehlah kita selami hati sanubari mereka. Dengan si isteri kita boleh berbincang rancangan masa hadapan rumah tangga. Dengan anak-anak bolehlah kita jadi guru pengganti, ajar mereka sambil bergurau senda.
Bagi peniaga pula, ini adalah masanya untuk menghubungi pelanggan lama, bertanya tentang produk yang mereka beli dengan kita dan minta pendapat mereka untuk majukan bisnes kita.
2.Mengemas dan Mencantikkan Rumah

Rumahku Syurgaku. Mengikut tinjauan yang pernah dibuat, ramai rakyat Malaysia mengalami kesibukan bekerja sehingga tiada masa mengemas rumah. Sementara PKP sedang berlangsung alangkah baiknya kita melipat baju yang menggunung, menebas lalang yang tinggi di belakang rumah, membuang barang-barang terpakai yang tidak berguna lagi. Fuhhhh, kalau disebut memang banyak boleh dibuat kalau hendak mengemas dan mencantikkan rumah ini.
3.Bersenam

Masih ingat lagi? Badan yang sihat akan menjadikan otak lebih cergas. Agak-agaknya bila kali terakhir melakukan senama sebelum PKP ini. Mesti ramai yang tidak boleh hendak ingat bila agaknya. Masa yang banyak semasa PKP ini bolehlah kita bersenam sekurangnya 3 kali seminggu seperti yang dicadangkan oleh pakar perubatan. Untuk menambah keseronokan bersenam, boleh lakukan bersama ahli keluarga.
4.Hobi

Semasa kecil, kita suka bercerita dan berkongsi hobi dengan rakan sebaya. Namun semakin kita membesar ka semakin sibuk sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Musim PKP yang panjang ini adalah masa amat sesuai kita mencari hobi baru yang dirasakan bermanfaat. Sebagai contoh, menulis, membaca buku dan apa saja yang sesuai. Hobi juga adalah “me time” yang sangat bagus untuk menghilangkan stress. Jadi bayangkan nanti selepas seminggu penat bekerja dan anda boleh menghilangkan stress dengan hobi baru.
Abanglejen bersyukur kerana PKP ini telah banyak membantu abanglejen membentuk diri yang baru. Bersama kita menjadi bijaksana di dalam bencana.
Leave a Reply