Makanan merupakan satu nikmat yang paling hebat sekali. Bila sebut pasal makan macam-macam terbayang dalam kotak fikiran. Dari yang tradisional sampailah kepada yang paling hipster sekali.
Di malaysia kita kaya dengan pelbagai jenis. Apa yang menjadi kekhuatiran adalah apabila kekayaan dengan nikmat makanan ini menyebabkan rakyat Malaysia cenderung untuk membazir.
Sikap ini dapat dilihat berdasarkan statistik semasa yang dikeluarkan pada 2018 oleh Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Statistik yang dikeluarkan menunjukkan rakyat Malaysia membazir 16,688 tan sisa makanan sehari.

Bayangkan dengan nilai sebanyak itu, ia cukup untuk memberi makanan kepada 12 juta orang manusia sehari. Apa lebih menyedihkan ia bukan hanya untuk sekali makan, tetapi untuk tiga kali makan sehari.
Serius bukan?
Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak dari sekecil-kecil individu kepada sebesar-besar organisasi. Tambahan lagi apabila kita semua sedia maklum bahaya membazir itu adalah amalan syaitan. Sudah pasti kita tidak mahu digelar syaitan yang bertopengkan manusia.
Leave a Reply