
Sejak dari zaman nabi Adam, manusia berpegang kepada prinsip kepercayaan dalam kehidupan masing-masing. Apabila manusia percaya kepada dakwah yang disampaikan oleh Nabi dan Rasul maka manusia mula percaya dan beriman kepada kewujudan Allah S.W.T Maha Pencipta. Apabila manusia percaya makanan itu boleh menyihatkan tubuh badan, maka makanan itu akan menjadi santapan harian mereka. Semuanya adalah kerana sifat percaya.
Di dalam perniagaan juga, kepercayaan adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk diraih sekiranya seorang peniaga inginkan pelanggan datang berduyun-duyun kepada mereka. Sebagai contoh, seorang peniaga kedai makan yang berniaga tanpa logo halal dari JAKIM tentulah amat sukar untuk mendapat kepercayaan makanan mereka adalah halal dari orang ramai.Kepercayaan dari pelanggan merupakan salah satu daripada rukun wajib yang perlu ada diantara peniaga dan pelanggan sebelum berlakunya proses jual beli. Tidak kira samada anda peniaga tepi jalan atau pun peniaga korporat bertali leher, 3 rukun wajib ini perlu di amalkan dan difahami sekiranya anda mahu proses jual beli menjadi mudah
TAHU (KNOW)

Kenali pelanggan anda. Anda biasa dengar atau jumpa istilah ini di buku-buku panduan berniaga? Mengenali pelanggan adalah rukun pertama yang wajib kita patuhi untuk memastikan urusan jual beli berjaya. Peniaga perlu menyemak latar belakang pelanggan mereka. Antara info yang peniaga boleh dapatkan ialah jantina, bangsa, umur, pekerjaan dan minat mereka. Setiap segmen pasaran ada mempunyai cara yang berbeza untuk peniaga dekati.
LIKE (SUKA)

Selepas mengenali bakal pelanggan, perkara seterusnya yang boleh peniaga lakukan ialah menarik perhatian bakal pelanggan. Tujuan menarik pelanggan ialah mewujudkan rasa suka antara peniaga dan pelanggan. Contoh perkara yang peniaga lakukan untuk menarik minat pelanggan ialah dengan berkongsi maklumat, tips dan juga nasihat yang berkaitan dengan produk. Pelanggan kini lebih bijak, mereka tidak suka kepada peniaga yang hanya tahu mempromosi produk semata-mata. Pelanggan mahukan sesuatu sebelum mereka bersetuju untuk membei produk.
TRUST (PERCAYA)

Akhir sekali, rukun terakhir yang perlu peniaga lakukan adalah dengan mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan. Ingat dua rukun awal tadi? Apabila kita sudah perkuatkan dua rukun awal tadi maka rukun terakhir ini tidak sukar untuk dilaksanakan. Kebiasaannya cara yang dilakukan ialah dengan meningkatkan kredibiliti kita di mata pelanggan. Dalam dunia perniagaan sekarang banyak platform dan cara meningkatkan kredibiliti dengan cepat. Facebook adalah antara platform mudah yang boleh digunakan. Caranya dengan memaparkan testimoni peniaga dengan pelanggan, memuat naik gambar-gambar peniaga ketika sedang berurusniaga.
Kesimpulannya, dalam era yang semakin mencabar ini peniaga perlu cepat berevolusi dan beradaptasi dengan dunia masa kini. Teknik dan taktikal memikat pelanggan wajib bersifat lebih universal. Konsep K.L.T ini adalah rukun asas yang akan kekal relevan sehingga bila-bila.
Leave a Reply