• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Lejen

  • Agama
  • Sejarah
  • Tips Ringkas
  • Umum
  • Arkib Artikel
  • Siapa Abang Lejen?
You are here: Home / Sejarah / 10 Sekolah Tertua di Malaysia

10 Sekolah Tertua di Malaysia

20 April 2020 by abglejen Leave a Comment

Pendidikan merupakan satu aset paling besar di dalam masyarakat. Kemajuan sesebuah tamadun seringkali dikaitkan dengan tahap struktur pendidikan yang berjaya dibentuk oleh mereka. Agama Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. 

Pendidikan secara formal mula diperkenalkan di Malaysia semenjak kurun ke-18. Pendidikan ini dimulakan dengan pembinaan sekolah oleh pihak British di serata Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kali ini abanglejen ingin berkongsi 10 buah sekolah tertua di Malaysia.

10. KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID, KEDAH (1908)

Dikenali dengan nama KESAH. Ia di tubuhkan pada tahun 1908 dan mulanya dikenali dengan nama GES (Government English School). Pada tahun 1935 namanya diubah kepada Kolej Sultan Abdul Hamid sempena nama sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdul Hamid. KESAH diiktiraf sekolah premier pada tahun 1999 oleh Kerajaan Negeri Kedah. Tun Dr Mahathir merupakan salah seorang yang pernah belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid. 

9. KOLEH MELAYU KUALA KANGSAR, PERAK (1905)

Dikenali dengan nama MCKK. Ia ditubuhkan pada tahun 1905. Permulaan penubuhan sekolah ini adalah khusus untuk golongan di raja dan bangsawan sahaja. Namun dasar ini berubah tahun demi tahun terutamanya selepas mendapat campur tangan Sultan Perak tentang dasar pendidikan British ketika itu. Allahyarham Tun Razak (bekas Perdana Menteri) dan Dato Seri Anwar Ibrahim (mantan TImbalan Perdana Menteri) adalah antara mereka yang mendapat pendidikan di MCKK.

8. CONVENT BUKIT NENAS, KUALA LUMPUR (1899)

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1899 oleh sekumpulan mubaligh Kristian yang datang dari Singapura. Tujuan penubuhan sekolah ini pada asalnya adalah untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak. Pada tahun 2008, Pos Malaysia mengeluarkan setem untuk memperingati 4 sekolah perdana. Salah satunya adalah Convent Bukit Nenas. Bekas Menteri Perdagangan Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz adalah salah seorang yang mendapat pendidikan awal di Convent Bukit Nenas.

7. VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR (1893)

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893. Sekolah ini ditubuhkan selepas kejayaan Raffles Institution yang ditubuhkan di Singapura.Terkenal sebagai sekolah yang hebat dalam sukan bola sepak di Kuala Lumpur. Victoria Institution adalah sekolah kepada Allahyarham Mokhtar Dahari. 

6. SMK St THERESA, SARAWAK(1885)

SMK St Theresa adalah sebuah sekolah yang diasaskan oleh Reverend Father Jackson. Beliau dijemput Rajah Charles Brooke yang pada ketika itu Raja Sarawak untuk membina sekolah di daerah Kuching dan Kanowit. Sekolah ini mengambil nama sempena seorang Carmellite Sister di Sepanyol yang berasal dari keluarga yang kaya raya. Oleh kerana sifat rendah diri dan pemurah beliau, beliau meninggalkan kekayaan untuk menjadi seorang biarawati.  Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah premier di Sarawak yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

5. St GEORGE GIRL SCHOOL, PULAU PINANG (1884)

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula apabila  Mrs. Biggs, isteri kepada Rev. Louis Coutier Biggs memulakan kelas secara kecil-kecilan di Jalan Farquhar ketika itu. Ditubuhkan secara formal setahun kemudian dengan mendapat bantuan kewangan dari St George Church. Sekolah ini berpindah beberapa kali sebelum mendapat tempatnya sekarang di Jalan McAllister.Kini digelar sebagai SMK(P) St George  diiktiraf sebagai salah sebuag sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. 

4. CONVENT LIGHT STREET SCHOOL, PULAU PINANG (1852)

Convent Light Street School diasaskan oleh sekumpulan biarawati dari Perancis.Pada mulanya ia terletak di Church Street dan hanya merupakan sebuah bangsal sahaja. Pada 1859 ia dipindahkan di tapak yang dikelilingi tanah kerajaan seluas 7 ekar. Pada ketika itu  CLSS turut berfungsi sebagai asrama kepada golongan hartawan dan juga puteri-puteri diraja kerajaan Siam. 

3. St XAVIER INSTITUTION, PULAU PINANG (1852)

St Xavier Institution diasaskan De La Salle Brothers Nama yang diambil sempena seorang pendakwah Kristion dari Sepanyol. Sekolah ini merupakan sekolah semua lelaki dan kini berada  di Jalan Farquhar. Pelajar sekolah ini digelar sebagai  ‘Xaverians’ ataupun ‘La Sallians’. Mendiang Karpal Singh (bekas Ketua Pembangkang) merupakan salah seorang yang pernah mendapat pendidikan awal di St Xavier Institution.

2. MALACCA HIGH SCHOOL, MELAKA (1826)

MHS ditubuhkan pada 1826 sejurus selepas termaktubnya Perjanjian Inggeris Belanda. Perpindahan kuasa ini menyaksikan sekolah yang ditubuhkan kerajaan Belanda ditutup. Mr. Thomas H. Moor yang datang ke Melaka pada 1825 diarahkan membuka sebuah sekolah pada ketika itu. Maka bermula sejarah MHS. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah premier di Malaysia. Dikenali sebagai sekolah yang hebat di dalam sukan hoki di negeri Melaka dan kebangsaan

1. PENANG FREE SCHOOL, PULAU PINANG (1816)

Sekolah ini merupakan sekolah tertua yang direkodkan dalam sejarah Malaysia. Dari peringkat permulaan penubuhannya sekolah ini membuka kepada umum kepada sesiapa yang ingin mengikuti pendidikan di sini. Pelajar diberi pilihan untuk belajar dalam bahasa melayu dan diberi pilihan untuk belajar bahasa inggeris sekiranya mereka berminat. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Seniman Tan Sri P.Ramlee adalah antara yang pernah mendapat pendidikan di Penang Free School.

Filed Under: Sejarah Tagged With: CBN, CLSS, KESAH, MCKK, Sekolah Premier, Sekolah tertua

Previous Post: « Tips Memilih Penapis Udara
Next Post: Tips Mencegah Kebakaran »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Kesan Positif Covid-19 Dalam Budaya Masyarakat
  • Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
  • Jenis Air Minuman Seharian Kita
  • 5 Makanan Kegemaran Berkalori Tinggi
  • Lagu Raya Lejen Sepanjang Zaman

Recent Comments

  • PKP – A New Normal | Abang Lejen on Pemasaran Digital
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • abglejen on Ragbi Sukan Istimewa
  • Alpetito on Ragbi Sukan Istimewa
  • Mysutori on Ragbi Sukan Istimewa

Archives

  • May 2020
  • April 2020
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Agama
  • Ramadan 2020
  • Review Filem
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tips Ringkas
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Lejen on the Foodie Pro Theme